7 Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Resepi Peria Katak Ubat Kencing ManisBila sebut peria terus timbul perkataan pahit.Betul tak? Sepahit-pahit ubat hospital, pahit lagi buah peria taw.Tapi yang pahit itulah berkhasiat untuk kesihatan badan kita.Peria katak mengandungi bahan kimia yang bertindak seperti insulin untuk membantu mengurangkan tahap gula dalam darah. Peria katak juga telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat kencing manis.Hari ni kita akan belajar 7 Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional supaya kita boleh mempelbagaikan menu yang berasaskan peria katak ini.Jika terdapat ahli keluarga kita yang mengalami penyakit kencing manis maka boleh la cuba resipi-resipi yang saya akan share di bawah ini ye.Kalau nak makan mentah macam tu je rasanya memang tak sanggup la nak telan kan.

Cara Hilangkan Rasa Pahit Peria Katak

Potong peria katak kepada kepingan yang nipis-nipis.
Kemudian rendamkan kepingan peria katak tersebut di dalam air garam selama 10-15 minit.

7 Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Resipi 1 – Jus Peria Katak + Epal Hijau

Jus Peria Dan Epal HijauBahan-bahan yang diperlukan:

1 biji peria katak
1 biji epal hijau
4 cawan air kosong

Cara-caranya:

1. Potong peria dalam bentuk dadu dan buang bijinya
2. Potong epal dan buang bijinya
3. Blend sehingga hancur
4. Tapis dahulu sebelum minum

Minum segelas jus peria pada waktu pagi semasa perut kosong boleh membantu dalam menurunkan paras glukosa darah dengan berkesan.

Resipi 2 – Peria Katak Goreng Celup Tepung

Peria Katak Celup TepungBahan-bahan yang diperlukan:

Peria katak
Tepung serbaguna @ (tepung beras + tepung gandum + serbuk kari )
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Potong peria nipis-nipis dan rendam didalam air garam selama lebih kurang 10 minit & toskan lebihan air.
2. Gaulkan peria katak tadi didalam bekas yang berisi tepung serbaguna
3. Panaskan minyak dan masak pada api sederhana.

Resipi 3 – Peria Katak Goreng Belacan

Peria katak Goreng BelacanBahan-bahan yang diperlukan:

Peria katak
Bawang merah **
Bawang putih **
Belacan **
Cili besar **
Ikan bilis

** ditumbuk/dikisar bersama-sama

Cara-caranya:

1. Tumis bahan yang ditumbuk/dikisar
2. Masukkan ikan bilis kemudian masukkan peria katak
3. Masukkan sedikit air sebagai kuah
4. Masak sehingga peria layu dan perasakan dengan sedikit garam

Resipi 4 – Peria Katak Masak Sambal Meletops

Peria Katak Masak SambalBahan-bahan yang diperlukan:

Peria katak
Cili kering kisar
Bawang putih + Bawang Merah (Kisar halus)
Ikan bilis
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Potong peria setebal 1cm dan rebus didalam air garam selama lebih kurang 10 minit & toskan lebihan air.
2. Tumiskan bawang yang dikisar sehingga wangi
3. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tunggu sehingga pecah minyak / cili mendidih
4. Kemudian masukkan gula
5. Seterusnya masukkan ikan bilis dan potongan peria katak
6. Gaulkan bersama sambal kemudian masukkan air asam jawa
7. Tunggu sehingga mendidih & perasakan dengan sedikit garam

Resipi 5 – Peria Katak Goreng Telur

Peria Katak Goreng TelurBahan-bahan yang diperlukan:

Peria katak
Telur ( dipukul )
Bawang putih + Bawang Merah (Potong dadu)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
2. Masukkan potongan peria katak dan masak sehingga layu
3. Masukkan telur dan gaul bersama peria katak sehingga telur masak
4. Tutup api dan perasakan dengan sedikit garam

Resipi 6 – Peria Katak Lemak Cili Api

Peria Katak Lemak Cili ApiBahan-bahan yang diperlukan:

Peria katak
Bawang merah + Bawang putih + cili padi + kunyit hidup ( kisar halus )
Serai diketuk
Udang saiz besar/sederhana
Santan kelapa
Garam secukup rasa
Asam Keping

Cara-caranya:

1. Masukkan bahan yang dikisar , santan dan juga serai
2. Masak dengan menggunakan api sederhana dan hendaklah sentiasa digaul/dikacau
3. Kemudian masukkan asam keping, biarkan sehingga mendidih
4. Masukkan udang dan seterusnya masukkan peria katak
5. Tutup api dan perasakan dengan sedikit garam

Resipi 7 – Peria Katak Masak Kari

Peria Katak Masak KariBahan-bahan yang diperlukan:

Peria katak
Bawang merah + bawang putih ( Kisar atau hiris )
Serbuk kari ( bancuh dengan sedikit air supaya jadi pes )
Santan kelapa
Pati asam jawa
Daun Kari

Cara-caranya:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama daun kari
2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh tadi dan masak sehingga pecah minyak
3. Kemudian masukkan santan dan gaulkan sehingga mendidih
4. Masukkan potongan peria katak
5. Tutup api dan perasakan dengan sedikit garam

 

Semoga perkongsian 7 Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional ini dapat memberi inspirasi atau idea kepada anda di luar sana untuk mempelbagaikan lagi menu berasaskan peria katak ini.

Selamat Mencuba !

Feel Free To Share With Your Family !

Fungsi Peria Katak juga sama dengan Vivix Shaklee.
Peria katak hanya membantu untuk menghasilkan insulin sahaja tetapi tidak melindungi Pankreas ( organ yang menghasilkan insulin) daripada rosak.

Jadi, pengambilan Vivix Shaklee bukan sahaja membantu menghasilkan insulin sekaligus melindungi organ Pankreas.
Rasa Vivix ni pula tidaklah sepahit seperti Peria Katak.Sangat sesuai untuk orang-orang yang tak berapa suka rasa pahit dan orang yang tak suka makan sayur.

Nak Vivix yang rasa masam manis atau nak peria katak yang pahit ? Hihi

Kita juga boleh mencuba Vivix Shaklee sebagai ikhtiar untuk masalah kencing manis.
Nak cuba Vivix boleh whatsapp saya di no 019-414 5620

Beli Produk Shaklee Terus dari HQ Shaklee << KLIK SINI >>
Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee << KLIK SINI >>
Harga Produk Shaklee << KLIK SINI >>

Leave a Reply

error: Content is protected !!