Cara Mencegah Kencing Manis

cara Mencegah Kencing ManisDiabetes ataupun lebih dikenali sebagai kencing manis adalah merupakan penyakit yang sangat serius pada masa kini yang mana ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.Penyakit kencing manis ini jika tidak dirawat pada peringkat awal boleh mengakibatkan pelbagai lagi penyakit yang lebih serius menyerang mereka bahkan ia juga boleh membawa maut.Anda juga boleh merujuk Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal yang anda perlu tahu supaya rawatan awal boleh diambil untuk mengatasinya.Ada beberapa Cara Mencegah Kencing Manis yang kita boleh amalkan supaya kita terhindar daripada penyakit yang boleh membawa maut ini.

Cara Mencegah Kencing Manis

1. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi Gula & Karbohidrat

Minuman atau makanan yang manis mengandungi tahap glukosa yang tinggi merupakan penyebab utama kencing manis.Oleh itu untuk mengelakkan kencing manis perkara utama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula.

2. Makan mengikut Sukatan Yang Sesuai

Budaya makan melebihi had hendaklah diubah.Sukatan yang sesuai harus dikawal supaya tidak melebihi kalori yang diperlukan

3. Banyakkan minum air kosong

Utamakan minum air kosong untuk melancarkan peredaran darah dalam badan dan menjaga kesihatan sekaligus dapat menghindarkan diri dari penyakit kencing manis.

4. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam

Senaman membantu meningkatkan penyerapan insulin dan juga dapat membakar karbohidrat sekaligus menurunkan paras glukosa dalam darah.Amalkan bersenam minimum 1 kali seminggu supaya badan kita dapat mengeluarkan peluh.Jika anda tidak berpeluh, toksin dalam badan tidak dapat dikeluarkan dengan baik.
Badan yang aktif dan selalu mengeluarkan peluh tidak mudah mengalami penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat.

5. Kawal Berat Badan

Berat badan berlebihan merupakan faktor terbesar seseorang diserang penyakit kencing manis.Oleh itu anda perlu bertindak dengan lebih serius untuk mengurangkan berat badan dan mencapai BMI yang ideal.

6. Hindari Stress

Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah.Oleh itu untuk mencegah diabetes elakkan stress yang berlebihan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti bersenam dan sebagainya.

Beli Produk Shaklee Terus dari HQ Shaklee << KLIK SINI >>
Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee << KLIK SINI >>
Harga Produk Shaklee << KLIK SINI >>

Latest Comments

  1. cik timm 27 January 2018

Leave a Reply

error: Content is protected !!