Cara Detox Badan, Hati, Usus Dengan DTX Complex Shaklee

DTX Complex Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang berasaskan herba.DTX Complex adalah satu supplement yang mengandungi gabungan herba yang terbukti secara klinikal untuk kesihatan hati dan juga untuk proses detox.Di dalam sejarah, tumbuhan herba yang digunakan di dalam DTX Complex Shaklee ini sangat berkesan untuk kesihatan hati kita sebagai organ utama yang berfungsi dalam proses detox badan manusia.
DTX adalah singkatan kepada perkataan DETOX iaitu proses membuang racun/toksin yang ada didalam badan manusia.

detox hati dtx complex
Kenapa Shaklee menghasilkan produk untuk DETOX ?

Sesuatu produk yang dihasilkan oleh Shaklee mesti mempunyai sebab kenapa ia dihasilkan.Jom kita tengok kenapa DTX Complex ini dicipta.

Secara fitrahnya Allah SWT mencipta manusia lengkap dengan mekanisma sistem detox yang sempurna dimana sistem detox semulajadi ini dikendalikan oleh organ yang paling besar didalam badan manusia iaitu hati.Hati adalah pembersih racun yang ada didalam badan manusia.

Kenapa perlu wujud supplement untuk detox sedangkan badan kita boleh membuat detox dengan sendirinya ?

Seperti mesin basuh, jika setiap hari digunakan untuk mencuci kotoran yang ada pada baju, kualiti pembersihannya akan semakin merosot jika tidak diservis.Begitu juga dengan hati kita.Shaklee menghasilkan DTX Complex kerana pada hari ini terlalu banyak toksin yang masuk kedalam badan kita sehinggakan ia menjadi beban kepada hati kita untuk memprosesnya.Apabila fungsi hati terganggu, maka timbunan toksin yang ada didalam badan akan menyerang organ tubuh yang lain dan akan mengakibatkan badan kita mudah mendapat pelbagai jenis penyakit.

Fungsi hati bukan hanya sekadar membuang racun sahaja, malah hati mempunyai banyak lagi fungsi lain seperti menghasilkan enzim, menukar gula, merembeskan bile pigment utk menghancurkan lemak, menghasilkan hormon seksual, menghasilkan protein tertentu, blood sugar regulation dan 500 fungsi hati yang lain dimana salah satunya adalah detox.

Oleh sebab hari ini terlampau banyak toksin yang masuk ke dalam badan kita seperti heavy metal ,karsinogen, free radikal, alcohol dan sebagainya dimana semua toksin ini perlu di detox oleh hati.Apabila terlampau banyak sangat kerja lain yang hati perlu buat maka fungsi hati yang lain akan terganggu.
Sebab itu kadang-kadang kita tengok ada orang dia dah makan macam-macam jenis supplement tapi tak dapat kesan.Berkemungkinan besar hatinya penuh dengan toksin oleh itu supplement yang dimakan tidak boleh diserap dengan baik oleh hati. Apabila kita mengambil sesuatu supplement tapi tidak berkesan itu menandakan bahawa kita mengalami masalah yang berkaitan dengan hati & usus dimana berlakunya gangguan semasa proses penyerapan supplement tersebut.

Tahukah anda penyakit yang paling berbahaya adalah penyakit yang berkaitan dengan hati.Segala penyakit lain tidak berbahaya selagi hati kita sihat kerana hati kita menjalankan fungsi yang sangat banyak.
Oleh kerana fungsi hati yang sangat penting dan tekanan-tekanan serta gangguan yang ada didalam kehidupan manusia pada zaman moden ini maka Shaklee mengambil inisiatif untuk mengumpulkan herba-herba yang sangat berpotensi untuk kesihatan hati dan terhasillah DTX Complex.

Herba-herba yang digunakan untuk menbuat DTX Complex bukan semuanya kita boleh jumpa di Malaysia.Herba-herba ini hanya tumbuh dan hidup di tanah tertentu, cuaca tertentu dan tempat-tempat tertentu sahaja didunia ini.Kalau yang ada didalam negara kita pun berkemungkinan ia dah tercemar dengan racun perosak.
Shaklee sangat teliti dalam pemilihan herba dan tumbuhan yang digunakan untuk membuat supplement.Shaklee hanya akan memilih tumbuhan yang terbaik dari segi kualiti penanaman, tanah yang terbaik, tempat yang terbaik & memastikan tiada sebarang racun serangga digunakan sepanjang proses penanaman.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam DTX Complex adalah :

Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel ( Milk Thistle Seed)
-Bahan utama yang digunakan untuk membuat DTX Complex adalah ekstrak biji benih Pokok Susu Tisel iaitu 80% daripada setiap tablet DTX Complex Shaklee.
-Milk Thistle sangat kaya dengan silymarin (kaya dengan bahan antioksida)
-Melindungi hati dari toksin termasuk dadah, racun dan bahan kimia
-Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
-Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
-Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
-Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema

Artichoke
-Menurut kajian dan sejarah ia membantu dalam mempercepatkan penghasilan semula sel hati.
-Melancarkan pergerakan cecair hempedu atau bile pigment

Kunyit (Tumeric)
-Kunyit yang digunakan oleh Shaklee untuk menghasilkan DTX Complex adalah bebas daripada racun serangga.
-Kunyit mengandungi curcumin(bahan antioksida) iaitu bahan aktif yang sangat bagus untuk anti keradangan, anti bakcteria dan anti virus terhadap HIV

Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
-Membina imun dan membantu mencegah kanser
-Mengurangkan masalah bronkitis dan sinus
-Merawat sindrom keletihan yang kronik
-Membantu mencegah penyakit jantung

Dandelion
-Membantu fungsi hati dan mengawal bengkak hati atau jaundice
-Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu
-Membantu mencegah batu karang
-Merawat endometriosis, bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
-Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi dan melawan anemia
-Melawan tumor dan kanser
-Merendahkan paras gula dalam darah
-Untuk masalah kembung dan lebihan air (water retention)

Schizandra
-Mengandungi antioksida
-Merangsang sintesis protein
-Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
-Memperlahankan pembentukan toksin

DTX Complex sesuai diamalkan oleh mereka yang mempunyai gaya hidup, pemakanan atau pekerjaan yang mudah terdedah kepada bahan toksin. Ia juga sesuai untuk golongan dewasa yang mengambil berat dan ingin menyokong fungsi hati mereka untuk kesihatan jangka panjang. Dapatkan DTX Complex hari ini untuk kesihatan hati anda.

#BuildByMe
#SuperStarzFamily

Beli Produk Shaklee Terus dari HQ Shaklee << KLIK SINI >>
Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee << KLIK SINI >>
Harga Produk Shaklee << KLIK SINI >>

Latest Comments

  1. Nina Farhana 22 August 2017
  2. Yanti Millionaire 22 August 2017
  3. Suria Combi 24 August 2017
  4. Muni Marzuki 26 August 2017
  5. Fasihah 26 August 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!