Khasiat Garlic Complex Shaklee : Kapsul Bawang Putih Terbaik

Garlic Complex ShakleeBawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selesema dan membantu peredaran darah yang baik.Di dalam Shaklee, Garlic Complex adalah satu daripada 5 supplemen yang berasaskan herba. Kenapa satu-satu supplemen itu dihasilkan sedangkan kita boleh je ambil dari makanan ? Betul tak ? Malah jika kita lihat disetiap rumah mesti ada bawang putih.Kenapa pula perlu wujudkan supplemen yang berasaskan bawang putih ni? Jom kita tengok kenapa Shaklee menghasilkan Garlic Complex dan apa yang menyebabkan Garlic Complex Shaklee dikatakan sebagai Kapsul Bawang Putih Terbaik.

Bahan aktif yang terdapat di dalam bawang putih adalah sangat bagus untuk kesihatan manusia. Ianya adalah sangat bagus sekiranya dikunyah secara mentah dan yang terbaik adalah yang bebas daripada racun serangga.

Tapi persoalannya mampukah kita makan 10-20 ulas bawang putih sehari ?

Masalah utamanya adalah zat yang terdapat di dalam bawang putih akan musnah sekiranya bawang putih direndam di dalam air, digoreng terlalu lama, ditumis dan sebagainya. Kita boleh untuk tidak mengambil supplemen berasaskan bawang putih sekiranya kita mampu untuk menelan 10-20 biji bawang putih sehari dengan syarat bawang putih tersebut mestilah ditanam secara organic tanpa pestisid.Oleh kerana terlalu sukar bagi kita untuk mencari bawang putih yang betul-betul semulajadi serta selamat untuk jangka masa panjang maka Shaklee menghasilkan Garlic Complex.

Keistimewaan Garlic Complex Shaklee

Garlic ShakleeGarlic Complex Shaklee diperbuat daripada bawang putih premium yang di tanam secara organik di California,USA pada musim panas.

Ia dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik dan tiada sebarang proses pemanasan untuk memastikan 100% bahan aktif (Allicin) yang terdapat di dalam bawang putih tersebut terpelihara.Tidak semua garlic yang dijual di pasaran mengekalkan Allicin ini.

1 tablet Garlic Complex Shaklee bersamaan 2 ulas bawang putih mentah yang terdapat di USA (bersaiz besar dan premium).

Sejenis herba bernama Rosemary dan Daun Spearmint dimasukkan ke dalam Garlic Complex dengan menggunakan dwi teknologi untuk menyeimbangkan dan mengawal bau bawang putih.Ia juga merupakan salah satu bahan yang bagus untuk sistem penghadaman manusia.

Ia juga mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya didalam tubuh kita.

Bahan aktif yang terdapat di dalam bawang putih dikenali sebagai Allicin.Ia adalah dari kumpulan sulfur.Namun begitu Allicin ini sangat mudah musnah pada suhu yang tinggi (panas/digoreng/direbus dll).Ia juga boleh mematikan kuman kerana allicin & vinylthidins adalah sangat berbisa pada kuman/parasit/virus/bacteria.

2 Manfaat Utama Garlic Complex Shaklee

1. Antibiotik yang selamat dan semulajadi, Anti-Virus dan Anti-Fungus.

Dunia perubatan kini masih lagi belum menjumpai ubat untuk membunuh virus oleh sebab itu vaksin dicipta.Virus membahagi dengan sangat cepat. Jika seseorang terkena H1N1, denggi atau apa sahaja penyakit yang melibatkan virus boleh ikhtiar dengan mengambil Garlic Complex Shaklee kerana ia umpama kita mengambil antibiotik. Bahan aktif yang ada di dalam garlic akan menyebabkan kuman/kulat/bakteria tersebut mati. Contoh seperti penyakit yang berkaitan dengan kulat seperti kurap, panau,fungus.Garlic Complex juga selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

2. Thining Effect ( Kesan menipiskan )

Mencairkan/menipiskan darah.Darah di dalam badan kita jika terlalu pekat pun tak elok, jika terlalu cair pun tak elok. Kepekatan darah perlu berada pada tahap optimum.

Kenapa darah yang terlalu pekat tidak elok untuk kesihatan ?
Hal ini adalah kerana bila darah pekat ia akan jadi berat.Bila berat susah bagi jantung kita untuk mengepam darah. Lama-kelamaan jantung terpaksa meningkatkan tekanan untuk mengepam.Apabila tekanan meningkat maka berlakulah tekanan darah tinggi.Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

Disebabkan kesan thining yang ada dalam Garlic Complex, maka supplemen ini perlu diambil dengan pengawasan sekiranya seseorang itu ada mengambil ubat cairkan darah. Kesan thining ini juga boleh menipiskan mukus/kahak, membantu menipiskan kolestrol , mengurangkan kejadian darah beku terutama wanita lepas bersalin dan juga memelihara kesihatan jantung.

Kelebihan Garlic Complex Shaklee

1. Untuk kesihatan perut kerana Garlic ada kesan pelawasan dengan memecahkan angin di bahagian usus.Membantu mengurangkan angin medu,kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.Garlic juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

2. Membantu merawat keputihan(bacteria). Keputihan yang tidak normal adalah berpunca daripada kulat.Kulat yang sama terdapat pada roti.

3. Ikhtiar membunuh kuman kerana Garlic Complex adalah antibiotik semulajadi yang selamat diambil.Ubat antibiotik adalah sangat berbahaya jika diambil tanpa nasihat doktor.Langkah selamat boleh ikhtiar dengan menggunakan Garlic Complex Shaklee.

[ Ubat dan supplement adalah berbeza ]

Bahaya Antibiotik

4. Mempertingkatkan lagi proses detox
– Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

5. Membantu menstabilkan kandungan glukos dalam darah

6. Menghalang alergi
– Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.

7. Menurunkan kolestrol
– Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungu jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

#KakTynCekli
#BuildByMe
#SuperStarzFamily

Beli Produk Shaklee Terus dari HQ Shaklee << KLIK SINI >>
Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee << KLIK SINI >>
Harga Produk Shaklee << KLIK SINI >>

Leave a Reply

error: Content is protected !!