Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis

Khasiat Peria Katak Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu.Hari ini saya akan kongsikan tentang Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis. Betul ke peria katak ni mampu merawat kencing manis? Apa yang ada dalam peria katak sehingga ia dikatakan boleh merawat masalah kencing manis ? jom kita tengok.

Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis

Siapa pernah makan peria katak ? Sure ramai yang kurang gemar dengan sayur yang pahit-pahit seperti spesies peria ni.Betul tak?

Tahukah anda makanan yang pahit-pahit adalah makanan yang paling dibenci oleh cacing-cacing atau pun parasit yang ada di dalam badan kita.

Haa jangan tak tahu.Dalam badan kita semua ada hidupan lain juga taw.
Kalau korang yang selalu makan makanan yang manis-manis tu alahai berjoget sakan la cacing2/parasit dalam badan korang tu.

Peria Katak adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia.Nama saintifik bagi peria katak ialah Momordica charantia dan ia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria ‘katak’ yang bersaiz lebih kecil.

Bagaimanakah peria katak boleh membantu pesakit yang mengalami masalah kencing manis ?

Insulin adalah hormon yang berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah.Organ yang menghasilkan insulin semulajadi di dalam badan manusia dikenali sebagai Pankreas.Bagi pesakit diabetes atau kencing manis, pankreas mereka sudah tidak dapat menghasilkan insulin secara semulajadi dan ia akan menyebabkan kadar gula di dalam darah meningkat.

Oleh itu pesakit kencing manis terpaksa mendapatkan insulin dari sumber luar untuk mengawal kadar gula di darah mereka.Dan salah satu makanan yang mengandungi bahan kimia yang bertindak seperti insulin adalah peria katak.Peria katak mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang boleh membantu mengawal gula dalam darah.

Hasil kajian klinikal selama empat minggu yang diterbitkan di Journal of Ethnopharmacology membuktikan peria mampu mengurangkan kadar gula dan meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan pesakit diabetes/kencing manis.

Jadi, dengan mengamalkan Peria Katak dalam menu harian seorang pesakit kencing manis, ia mampu menurunkan kandungan gula dalam darah dan lama-kelamaan insyaAllah akan bebas dari penyakit diabetes.Tidak perlu lagi ke hospital untuk cucuk insulin.

Selain kencing manis Peria Katak juga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.

Antara khasiat lain peria katak adalah :

1. Menambah Tenaga
– Jus peria katak jika diamalkan selalu akan dapat menambah tenaga dan stamina selain dapat mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu atau dikenali dengan insomnia

2. Membantu memperbaiki penglihatan mata kerana peria katak mengandungi kandungan beta-karotene yang tinggi

3. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.

4. Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

5. Merawat darah bertoksin
– Darah bertoksin adalah apabila sel darah merah yang rosak (darah kotor) gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menggangu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa,ginjal, hati, hempedu untuk berfungsi dengan sempurna dan akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik dan juga kanser.

6. Psoriasis
– Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.

7. Penyakit gangguan pernafasan

8. Penyakit Buasir

9. Penyakit Taun

Bagi mereka yang ingin mengamalkan peria katak di dalam menu harian boleh juga mencuba 7 Resipi Peria Katak Yang Sangat Mudah

Beli Produk Shaklee Terus dari HQ Shaklee << KLIK SINI >>
Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee << KLIK SINI >>
Harga Produk Shaklee << KLIK SINI >>

Leave a Reply

error: Content is protected !!