Petua Kencing Manis

petua kencing manisKencing Manis adalah salah satu dari penyakit 3 serangkai yang menyerang lebih dari 10% rakyat Malaysia.Ia bukan sahaja menyerang warga emas tetapi kini golongan muda juga turut mengalami masalah kencing manis.Kencing manis antara penyakit keturunan yang memang tidak akan hilang bila dah terkena. Tapi, kita masih boleh mengawalnya dengan pelbagai cara moden ataupun tradisional sekiranya kita dapat tahu tanda-tanda kencing manis di peringkat awal.Petua kencing manis memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi.

Kencing manis jika tidak dirawat pada peringkat awal akan mengakibatkan pelbagai lagi penyakit yang lebih serius menyerang mereka.Kencing manis juga akan menyebabkan para suami mengalami masalah mati pucuk dan terpaksa mengambil ubat kuat yang berkemungkinan boleh membahayakan jantung.

Kencing manis juga boleh membuatkan luka-luka pada badan lambat sembuh.Apabila luka pada badan kita lambat sembuh maka badan kita akan mudah terkena jangkitan kuman.Apa yang lebih menakutkan adalah bahagian yang terkena jangkitan kuman itu mula merebak menjadi lebih besar dan jalan terakhir untuk mengatasinya adalah dengan memotong bahagian badan yang terkena jangkitan tersebut.

Petua Kencing Manis

Antara petua yang boleh dicuba oleh pesakit kencing manis untuk mengawal kandungan gula di dalam darah adalah seperti berikut

1. Peria Katak

Antara petua yang selalu diamalkan oleh pesakit kencing manis adalah jus peria katak.Peria katak mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan manusia dan salah satunya adalah menrunkan kadar gula di dalam darah.

Ia mengandungi sekurang-kurangnya 3 zat aktif dengan sifat anti-diabetes, termasuk charantin yang telah disahkan mempunyai kesan menurunkan glukosa darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai polipeptida-p.Ia juga mengandungi lektin yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekan selera makan.

BACA JUGA :
[7 Resipi Peria Katak Untuk Kencing Manis]
[Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis]

2. Kayu Manis

Kayu manis mempunyai keupayaan untuk menurunkan tahap gula dalam darah dengan merangsang aktiviti insulin. Ia mengandungi komponen bioaktif yang boleh membantu mencegah dan melawan diabetes.

Berdasarkan kajian, kayu manis dapat membantu meningkatkan tahap glukosa darah dan meningkatkan kepekaan insulin. Hasil daripada kajian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care pada tahun 2003 menunjukkan bahawa kulit kayu manis mengurangkan kadar glukosa darah dan kolesterol pada orang dengan diabetes jenis 2, dan boleh mengurangkan faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit kencing manis dan kardiovaskular.

Tetapi anda juga haruslah berhati-hati kerana kayu manis jika diambil secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kerosakan hati disebabkan oleh sebatian yang dipanggil coumarin yang ada di dalamnya. Dan kayu manis yang digunakan mestilah kayu manis yang ditanam secara semulajadi bukan yang dibeli di kedai runcit.

3. Bawang Putih

Bawang putih boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah dengan meningkatkan rembesan dan melambatkan kemerosotan insulin.

4. Halia

Halia boleh membantu dengan kawalan glisemik, rembesan insulin dan perlindungan katarak.Satu kajian yang diterbitkan dalam edisi Ogos 2012 jurnal produk semulajadi Planta Medica mencadangkan bahawa halia boleh membantu kawalan gula darah jangka panjang untuk pesakit diabetes jenis 2. Penyelidik dari University of Sydney, Australia, mendapati bahawa ekstrak dari Buderim Ginger (minyak halia Australia) yang kaya dengan gingerol menjadi komponen aktif utama dan boleh meningkatkan pengambilan glukosa ke dalam sel-sel otot tanpa menggunakan insulin seterusnya membantu dalam pengurusan paras gula darah tinggi.

5. Kacang Bendi

Kacang bendi berupaya mengawal kadar gula dalam darah.Bukti kacang bendi yang mempunyai ciri-ciri anti-diabetes telah meningkat sejak kebelakangan ini, dengan banyak kajian Vitro (makmal) dan kajian Vivo (haiwan) yang mengesahkan kacang bendi sebagai makanan berkhasiat bagi glukosa darah atau anti-diabetes yang kuat.Pada tahun 2011, satu kajian diterbitkan dalam Journal of Pharmacy & BioAllied Sciences oleh para penyelidik di India mendapati tikus(yang ada kencing manis) yang diberi kacang bendi mengalami pengurangan kadar glukosa darah mereka, sementara yang lain menunjukkan penurunan secara beransur-ansur dalam glukosa darah dengan pengambilan ekstrak kacang bendi selama sepuluh hari.

Beli Produk Shaklee Terus dari HQ Shaklee << KLIK SINI >>
Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee << KLIK SINI >>
Harga Produk Shaklee << KLIK SINI >>

Leave a Reply

error: Content is protected !!