Tanda-Tanda Diabetes Peringkat Awal Yang Anda Perlu Tahu

tanda-tanda diabetes peringkat awalDiabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Penyakit kencing manis merupakan satu penyakit yang serius dimana metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum dan mengakibatkan paras gula di dalam badan menjadi tinggi.Kencing manis juga adalah pembunuh senyap kerana tanda-tanda atau simptom kencing manis ini terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan ada dikalangan penderita penyakit ini hanya menyedari akan kehadiran penyakit penyakit kencing manis kepada diri mereka pada peringkat yang sudah kronik. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda diabetes peringkat awal dan mengambil langkah pencegahan dan seterusnya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penyakit berbahaya ini.

Bagaimana diabetes terjadi ?

Diabetes atau kencing manis terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal dan mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

Tanda-Tanda Diabetes Peringkat Awal Yang Anda Perlu Tahu

Berikut disenaraikan 9 gejala atau tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang anda perlu tahu supaya anda boleh perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau dengan mengawal pemakanan. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

1. Kerap Berasa Letih
Pengidap kencing manis akan kerap berasa letih sepanjang masa. Hal ini disebabkan oleh makanan yang dimakn oleh mereka tidak dapat dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel di dalam badan secara optimum.

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu berasa haus.Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya.
Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk memprosesnya.Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Membuang air kecil dengan banyak akan menyebabkan kehilangan air di dalam badan dan akan menyebabkan kita berasa dahaga.Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif. Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Pelik kan? Makan macam biasa, tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda kencing manis.

4. Penglihatan menjadi kabur
Jangan ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

5. Berasa muram dan sering marah-marah
Bagi penghidap penyakit diabetes pada tahap awal, mereka akan sering berasa tidak senang duduk dan mempunyai gejala-gejala kemurungan. Anda akan berasa letih dan tidak mahu berbuat apa-apa, anda tidak mahu keluar daripada rumah dan anda hanya mahu tidur.

6. Luka pada badan lambat sembuh
Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.
Sistem imun di dalam badan anda dan juga proses untuk merawat luka pada badan anda tidak berjalan dengan baik apabila anda memiliki paras gula yang tinggi di dalam badan.Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

7. Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

8. Terdedah kepada jangkitan kulat
Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

9. Sering kebas pada tangan dan kaki
Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

Dapatkan pemeriksaan jika kebanyakan simptom di atas sudah anda alami untuk kepastian tentang penyakit ini.

Adakah anda ataupun orang-orang tersayang mempunyai tanda-tanda tersebut?
Jika ya, bertindak sekarang untuk mengubah kepada gaya hidup yang sihat kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Beli Produk Shaklee Terus dari HQ Shaklee << KLIK SINI >>
Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee << KLIK SINI >>
Harga Produk Shaklee << KLIK SINI >>

Leave a Reply

error: Content is protected !!